11 Dec 2013

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015



Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan itu menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Pelan turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Pelan tersebut dibuat dalam konteks peningkatan standard pendidikan antarabangsa, aspirasi kerajaan untuk mempersiapkan kanak-kanak di Malaysia dalam menghadapi abad ke-21 serta harapan menggunung masyarakat serta ibu bapa terhadap dasar pendidikan.
Sebelas anjakan yang digariskan Kementerian Pelajaran ialah:



1. Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;

Melancarkan Kurikulum Standard sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak pada 2017.
Melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana termasuk murid cemerlang menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan lima tahun bagi sekolah rendah.


2. Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;

Meluaskan program LINUS supaya meliputi Bahasa Inggeris.
Seramai 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dalam tempoh 2 tahun.

Kurikulum Bahasa malaysia yang standard akan diperkenal di peringkat rendah.



3. Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;

Mengukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Sivik menjelang 2017.
Mengkaji kemungkinan murid Islam dan bukan Islam berkongsi kelas sama apabila nilai-nilai sejagar diajar.


4. Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;

Mengetatkan syarat kemasukan latihan perguruan dengan sasaran 30 peratus teratas kelompok pelajar cemerlang menyertai profession itu.
Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat daripada DG41 sehingga DG54 dalam tempoh kurang 25 tahun.


5. Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;

Kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan persaingan dan mengukuhkan penggantian mulai 2013.


6. Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;

Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah dan Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah secara sepenuh masa di PPD.
Membenarkan fleksibiliti operasi pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum.


7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;

Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui pelaksanaan 1BestariNet bagi 10,000 sekolah.


8. Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;

Struktur organisasi kementerian akan disusun semula agar fungsi tidak bertindih.


9. Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;

Memperluaskan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) membolehkan ibu bapa mementau prestasi anak secara dalam talian.
Menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025.


10. Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;

Mengaitkan setiap program dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun.


11. Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.

Semua pihak berkaitan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan.
Semakan komprehensif akan dilakukan pada tahun 2015, 2020 dan 2025.
 

2 comments: